Pada malam semalam, saya dan teman wanita saya bertengkar pada kali yang pertama. Walaupun ia bukan satu penengkaran(?), tetapi saya tidak tahu perkataan lain untuk menggunakkan. Kaum Internet sekalian, jangan lah marahi saya kerana saya tidak fasih dalam bahasa melayu.
Perbincangan kami tidak begitu hangat, tetapi teman wanita saya berasa seperti saya hendak mencari pasal dengan dia. tetapi itu tidak benar. saya hanya mahu tahu apa sebenarnya. saya mahu tahu semua tentang teman wanita saya. saya tidak apa-apa rahsia antara kita. sebagai teman lelaki, saya mahu menjadi seorang yang boleh menerima apa pun masalah atau apa-apa pun dari teman wanita saya. saya mahu dia menjadikan saya dalam hidupnya kerana hidup dia adalah hidup saya juga. dia berkata "saya tidak mahu menyakiti hati awak". tetapi dengan tidak memberitahu dan saya dapat tahu dengan sendiri, ia lebih menyakitkan hati.
tapi itu semua boleh diatasi dengan pembincangan yang matang. saya faham ke atas kelakuannya. dia tidak mahu hati saya disakitkan lalu saya akan meninggalkannya. dia takut saya akan membuat demikian. tetapi saya tidak akan membuat demikian kerana saya amat cinta kepadanya.
itu semua telah berlaku, tiada guna memikir tentangnya. yang patut dipikirkan ialah masa hadapan dan masa sekarang. dan masa hadapan termasuk berumah-tangga dan membina mahligai yang terindah.
akhir sekali, saya tidak tahu kerana saya menulis ini dalam bahasa melayu.
terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment